Sunday 31 March 2013

Masakan ibu....terbaik.....

Ini adalah makanan kegemaran saya iaitu Paprik Ayam...Ia amat menyelerakan tekak n mengenyangkan perut saya..hahahaha!!Saya sangat suka semua masakan ibu saya.....

Hari ni saya demam...

 Hari ni demam lagi...Ibu terpaksa membawa saya ,abang Ikhwan dan 2 orang adik saya ke klinik kesihatan Salak Tinggi.Nampaknya hari ni,terpaksalah tidak hadir ke sekolah walaupun baru habis bercuti.Doktor beri surat cuti utk 2 hari....yeah!!!Makan ubat,tidurrrrrrrrrrr.
Inilah ubat2 yang diberi oleh doktor............

Saturday 30 March 2013

Adik saye...

 Ini adik saya yg kedua bernama Muhammad Ilyas Adam.16 April ini,dia akan menyambut hari lahirnya yang ke-3.Bisanya kat umah adik saya ni dipanggil adik@Adam.Adam paling suka main bola.Kalau pergi kat mana2 pon kalu nampak bola mesti menjerit BOOOLAAAAA!Adam ada 7 biji bola kat umah,dari kecik sampailah size utk org dewasa.Ada masanya adam akan kumpul bolanya dihadapan dia sambil tenung tgok bola tu....lucu!Ayah kata adik ni akan jadi penganti allahyarham mokhtar dahari..heheh!

naik ape ni??

                                                     




















Ini adalah gambar saya semasa berada di IOI mall,Puchong.Saya dan keluarga pergi membeli-belah n jalan2 di sana,sambil tu saya n adik2 dapat menaiki kuda mainan(..sebenarnya benda mainan ni dipanggil ape,ye?? )




Friday 29 March 2013

Aktiviti Cuti Sekolah Penggal 1

Pada cuti sekolah penggal pertama,saya tidak pergi ke mane2 kerana adik beradik saya semuanya demam.Dirumah saya hanya bermaingame"PS2"@bermain komputer.Kalau tidak bermain game "PS2"@ komputer.Saya akan mengulang kaji pelajaran yang telah diajar oleh guru2 saya pada sesi persekolahan.......

Sunday 24 March 2013

saya dan cita-cita

Setiap orang mesti mempunyai cita-cita tersendiri.Saya juga mempunyai cita-cita tersendiri iaitu menjadi penulis khat yang terkenal.Jika kita menginginkan sesuatu,kita perlulah besungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Saya juga selalu berlatih menulis khat di rumah.Saya selalu menulis ''ayat 1000 dinar'' serta maksudnya.Kita mesti mencapai cita-cita kita dengan bersungguh-sungguh....