Sunday 4 February 2018

MRSM GEMENCHEH ONZZZ

Hari ni..5 Februari 2018...aku tergerak hati untuk check aku punya blogger yang telah sekian lama ditinggalkan aku dari darjah 5 dan kini aku form 3..aku pun mulalah check satu persatu post yang aku tulis...setelah aku lihat semuanya...aq tergelak sendirian mengenang kisah kisah lama yg diungkit kembali...aku baca dan baca sehingga post yang terakhir...sebenarnya aku agak rindu dengan cerita cerita yang telah aku tulis dahulu kerana ia penuh kenangan kenangan manis..sekian...Assalamualaikum

Monday 1 June 2015

Kasih Sayang Seorang Ibu..

AKU BOLEH TERIMA:

1)Milo tanpa susu
2)Roti tanpa jem
3)Burger tanpa keju

TAPI AKU TIDAK BOLEH TERIMA
HIDUP TANPA IBU....

Ayat Kursi.....


Ini adalah contoh ayat yang terdapat dalam Al-Quran...atau lebih dikenali Ayat Kursi.Ayat penuh makna bagi orang yang memahaminya....ramai orang menganggap ayat ini hanyalah ayat biasa.Ayat ini menandakan ALLAH MAHA  BERKUASA..."Semoga siapa yang membaca ayat ini akan diredhai oleh ALLAH selama-lamanya".....Amin

Tulisan Khat Thuluth


Ini ialah tulisan khat yang dinamakan Khat Thuluth.Ianya unik dan kreatif.Khat ini amat diminati oleh orang ramai sebagai hiasan.Selalunya ia diletakkan pada dinding rumah.Cara untuk menulis khat ini agak susah berbanding Khat Nasakh dan Riq'ah.Orang Arab jarang menggunakan khat ini kerana khat ini mengambil masa yang agak lama.....

Tuesday 25 June 2013

Jerebu membawa malapetaka....

  Hari ni,jerebu kat bandar baru salak tinggi sangat tebal.Alhamdulillah.....ada hujan yang sangat lebat berlaku di BBST.Hujan yang  berlaku di BBST lebat tetapi tidak mengeluarkan angin yang kencang.
Walaupon jerebu kat luar sangat tebal,ibu saya bakar sampah kat belakang  rumah dan apinya sangat marak membuatkan asapnya seperti jerebu.Berita kata Selangor dan JDT wajib ditutup kerana jerebu sangat tebal.Tapi mak saya suruh pergi sekolah untuk cuba samada sekolah buka atau tutup.Jadi terpaksalah saya untuk pergi sekolah esok iaitu hari Rabu 26/6/2013.Jadi,saya kena tidur awal sebab esok saya akan pergi ke sekolah.Jadi, tamat saja di sini.Bye......

Saturday 4 May 2013

pulang mengundi...

Hari ni,5 Mei.Semua orang sibuk balik kampung untuk pergi mengundi.Tak kisahlah undi parti apa pun asalkan berbaloi.Walaupun saya tak mengundi,ibu bapa saya mengundi.Ibu bapa saya mengundi dekat je iaitu di Sk BBST.
Nak undi tu fikir dulu sebelum X.Fikir masak2 dulu.

Friday 3 May 2013

kesian ibu.....

 Hari Khamis minggu lepas,ibu saya pergi ke klinik dengan abang yang kedua dan adik saya yang kedua untuk cek darah.Ibu saya pergi ke klinik selepas menghantar saya dan adik pertama saya ke sekolah pada pukul 6.58 pagi.Ibu saya tiba di sana pada pukul 7.12 pagi.Ibu saya mengambil nombor giliran terlebih dahulu.Selepas itu,ibu saya pun masuk ke dalam bilik tu.Semasa ibu saya ingin mengambil darah,ibu saya baring di atas katil yang telah disediakan.Habik cek darah tu pada pukul 8.00 pagi.Ibu saya pun naik kereta bersama abang n adik saya.Tiba-tiba,kereta pulak buat hal tengah jalan.Rupa2nya,bateri sudah 'kong'.Semasa menunggu di dalam kereta,pegawai polis pun berhenti nak bagi bantuan.Ibu saya telefon ayah saya dengan telefon polis.Masa ibu tunggu tu kira2 2 jam.Ibu saya balik pada pukul 12.26 tengah hari...kesian ibu saya...