Inilah 'cursor' yang saya sudah saya gunakan untuk blog saya....Cantikkan....
...setiap orang mesti mempunyai cita-cita tersendiri.Saya juga mempunyai cita-cita iaitu menjadi penulis khat yang terkenal.Cita-cita adalah sesuatu perkara yang kita impikan dan mencapainya bila sudah meningkat dewasa nanti...InsyaAllah...
Showing posts with label seronoknya.... Show all posts
Showing posts with label seronoknya.... Show all posts
Friday, 3 May 2013
chaelsea n cursor baru....
Hari ni saya dah tukar 'cursor' baru.Cantik tak???Oleh kerana saya meminati pasukan Chealsea.Jadi,saya pun mengambil lambang itu di situ.
Tuesday, 30 April 2013
kasut n bola takraw baru...

Friday, 19 April 2013
::Kokurikulum::
Pada hari kokurikulum sekolah iaitu setiap hari Rabu,saya telah menyertai sepak takraw di dalam sukan permainan.Cikgu yang mengajar sepak takraw adalah Cikgu Muhammad Syafiq n Cikgu Rosne.Setiap kumpulan mesti mempunyai tiga orang pemain.Kurang2 ada 7 kumpulan maksudnya ada 21 orang pemain.Kumpulan saya ada tiga orang pemain termasuklah saya,iaitu Muhammad Irsyad,Ammar Afif dan saya (Muhammad Imran).Ammar pandai bermain sepak takraw tetapi semasa "pass"dia agak melalut sikit macam saya juga.Yang Irsyad pula reti mengambil bola tapi tak reti timbang bola pula...hihihihi....Saya pula terlupa nak bawa air mineral.Jadi,lepas main punya la penat.Nasib baiklah kawan bawa air.Itu pun sikit je.Balik pula pada pukul 5.45 petang.Lepas balik terus minum mineral yang ada.Kemudian,solat asar dan mandi.akhir sekali,tunggu je la masuk waktu maghrib.....
Monday, 15 April 2013
Beg baru..terbaik..
Hari ni,saya n ibu saya pergi membeli beg sekolah pagi untuk saya selepas habis waktu sesi persekolahan pagi kerana beg sekolah pagi saya telah pun putus talinya.Tiba di kedai,beg di sana pelbagai jenama yang ada di situ n banyak pilihan juga di sana.Saya membeli beg itu pada pukul 1.40 ptg.Telah saya mencari semua beg,ada 1 beg satu yang saya berkenan dengannya iaitu bag SAG.Beg itu berharga RM 39.90.Kemudian,ibu pun minta tawar sikit kerana duit pun dah nak habis dah.lepas habis tawar punya tawar,dapatlah harga yang rendah sikit iaitu RM 30.00.Selepas tu,kami menaiki kereta n ibu membawa saya ke sekolah abang saya untuk mengambil dia di sekolah
berhampiran masjid iaitu Sekolah Agama Menengah,Bandar Baru Salak Tinggi (SAM BBST).Abang saya keluar pada pukul 2.30 ptg.Sambil tu,saya pergi solat zohor dahulu di masjid kerana telah pun masuk waktu zohor.Selepas abang menaiki kereta kami pun pulang....
berhampiran masjid iaitu Sekolah Agama Menengah,Bandar Baru Salak Tinggi (SAM BBST).Abang saya keluar pada pukul 2.30 ptg.Sambil tu,saya pergi solat zohor dahulu di masjid kerana telah pun masuk waktu zohor.Selepas abang menaiki kereta kami pun pulang....
Sunday, 14 April 2013
Buah tangan daripada saudara sebelah ibu...
Hari ni,saudara sebelah ibuku datang ke rumah dari Penang.Mereka pergi bercuti ke Cameron Highland n singgah dirumah kami di sepang.Mereka juga membawa buah tangan dari Cameron Higland iaitu strawberri n blueberry jam...hihihi...
Saturday, 6 April 2013
Semalam,saya telah dibawa oleh ayah untuk bermain badminton di Kompleks Sukan Klia,Nilai.Ayah saya hanya membawa saya n abang saya iaitu Muhd Iqbal.Ayah membawa kami dengan menaiki van limo ayah.Kami bertolak pada pukul 9.00mlm iaitu selepas solat ishak.Ayah n kawan-kawannya telah meyewa 2 gelanggang supaya,1 gelanggang untuk oleh kawan-kawan ayah n 1lagi gelanggang untuk anak2 mereka termasuklah saya n abang saya.Ayah saya membawa 5 reket untuk bermain badminton.Saya memakai salah 1 reket daripada kesemua reket tu.Saya berlawan dengan kawan saya yg sebaya iaitu Muhd Daniel Haiqal.Abang saya saya pula berlawan dengan abangnya iaitu Muhd Danish Irfan.Selepas habis bermain,kami menyimpan reket yg kami telah gunakan tadi.Kami semua pulang pada pukul 11.00mlm.Kami sangat mengantuk bila pulang lambat.........TAMAT......
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

