...setiap orang mesti mempunyai cita-cita tersendiri.Saya juga mempunyai cita-cita iaitu menjadi penulis khat yang terkenal.Cita-cita adalah sesuatu perkara yang kita impikan dan mencapainya bila sudah meningkat dewasa nanti...InsyaAllah...
Showing posts with label kesiannya... Show all posts
Showing posts with label kesiannya... Show all posts
Friday, 3 May 2013
kesian ibu.....
Hari Khamis minggu lepas,ibu saya pergi ke klinik dengan abang yang kedua dan adik saya yang kedua untuk cek darah.Ibu saya pergi ke klinik selepas menghantar saya dan adik pertama saya ke sekolah pada pukul 6.58 pagi.Ibu saya tiba di sana pada pukul 7.12 pagi.Ibu saya mengambil nombor giliran terlebih dahulu.Selepas itu,ibu saya pun masuk ke dalam bilik tu.Semasa ibu saya ingin mengambil darah,ibu saya baring di atas katil yang telah disediakan.Habik cek darah tu pada pukul 8.00 pagi.Ibu saya pun naik kereta bersama abang n adik saya.Tiba-tiba,kereta pulak buat hal tengah jalan.Rupa2nya,bateri sudah 'kong'.Semasa menunggu di dalam kereta,pegawai polis pun berhenti nak bagi bantuan.Ibu saya telefon ayah saya dengan telefon polis.Masa ibu tunggu tu kira2 2 jam.Ibu saya balik pada pukul 12.26 tengah hari...kesian ibu saya...
Saturday, 20 April 2013
siti.....
Di rumah saya ada jiran yang membela kucing.Dia memberi nama kucing tu 'siti'.Dia juga selalu memberi makanan kepada kucing2 jalanan.Rasa2nya dia ada anak yang baru lahir sebulan lepas....Semalam,ada kejadian berlaku di hadapan mata saya sendiri.Saya ternampak ada seekor kucing 'jantan' yang mengejar si 'siti' tu.Lepas tu,ada lori datang dengan laju terlanggar si 'siti'....Kemudian,dia melompat-lompat selama 3 minit lalu terus diam.Saya dengan abang saya pergilah tengok kucing tu rupa2nya kucing tu dah mati.Si kucing 'jantan' tu mencium2 kucing yang mati tu.Saya dan abang saya menutup kucing tu dengan kain buruk dan mengangkat kucing tu lalu membuangnya ke dalam tong sampah...sedih2...
Sunday, 14 April 2013
**Kaka ditindih**
Ini adalah anak kucing saya iaitu Kaka.Pagi tadi,ibuku mengambil wudhu untuk solat subuh kerana sudah pun masuk waktu subuh tapi saya tak bangun2 lagi.Semasa ibuku ingin mengambil wudhu,ibuku masih nampak Kiki sedang menyusu ngan ibunya n si Kaka tu sedang tidur.Selepas ibuku mengambil wudhu,ibuku selalunya akan panggil nama anak kucing tu, Kiki!!!Kaka!!!.Selalunya Kaka akan datang kat ibu bila panggil je namanya tetapi rupa2nya Kaka tu dah kena tindih ngan saya sewaktu saya tengah tidur di atas toto.Lepas tu,mak saya mengangkatnya di atas surat khabar n membuangnya ke dalam tong sampah..sedih2...Habis kejadian tu,abang saya pula mengejek saya PEMBUNUH kucing yang kejam.....
Sunday, 31 March 2013
Hari ni saya demam...
Hari ni demam lagi...Ibu terpaksa membawa saya ,abang Ikhwan dan 2 orang adik saya ke klinik kesihatan Salak Tinggi.Nampaknya hari ni,terpaksalah tidak hadir ke sekolah walaupun baru habis bercuti.Doktor beri surat cuti utk 2 hari....yeah!!!Makan ubat,tidurrrrrrrrrrr.
Inilah ubat2 yang diberi oleh doktor............
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)


