Tuesday 25 June 2013

Jerebu membawa malapetaka....

  Hari ni,jerebu kat bandar baru salak tinggi sangat tebal.Alhamdulillah.....ada hujan yang sangat lebat berlaku di BBST.Hujan yang  berlaku di BBST lebat tetapi tidak mengeluarkan angin yang kencang.
Walaupon jerebu kat luar sangat tebal,ibu saya bakar sampah kat belakang  rumah dan apinya sangat marak membuatkan asapnya seperti jerebu.Berita kata Selangor dan JDT wajib ditutup kerana jerebu sangat tebal.Tapi mak saya suruh pergi sekolah untuk cuba samada sekolah buka atau tutup.Jadi terpaksalah saya untuk pergi sekolah esok iaitu hari Rabu 26/6/2013.Jadi,saya kena tidur awal sebab esok saya akan pergi ke sekolah.Jadi, tamat saja di sini.Bye......

Saturday 4 May 2013

pulang mengundi...

Hari ni,5 Mei.Semua orang sibuk balik kampung untuk pergi mengundi.Tak kisahlah undi parti apa pun asalkan berbaloi.Walaupun saya tak mengundi,ibu bapa saya mengundi.Ibu bapa saya mengundi dekat je iaitu di Sk BBST.
Nak undi tu fikir dulu sebelum X.Fikir masak2 dulu.

Friday 3 May 2013

kesian ibu.....

 Hari Khamis minggu lepas,ibu saya pergi ke klinik dengan abang yang kedua dan adik saya yang kedua untuk cek darah.Ibu saya pergi ke klinik selepas menghantar saya dan adik pertama saya ke sekolah pada pukul 6.58 pagi.Ibu saya tiba di sana pada pukul 7.12 pagi.Ibu saya mengambil nombor giliran terlebih dahulu.Selepas itu,ibu saya pun masuk ke dalam bilik tu.Semasa ibu saya ingin mengambil darah,ibu saya baring di atas katil yang telah disediakan.Habik cek darah tu pada pukul 8.00 pagi.Ibu saya pun naik kereta bersama abang n adik saya.Tiba-tiba,kereta pulak buat hal tengah jalan.Rupa2nya,bateri sudah 'kong'.Semasa menunggu di dalam kereta,pegawai polis pun berhenti nak bagi bantuan.Ibu saya telefon ayah saya dengan telefon polis.Masa ibu tunggu tu kira2 2 jam.Ibu saya balik pada pukul 12.26 tengah hari...kesian ibu saya...

chaelsea n cursor baru....

 Hari ni saya dah tukar 'cursor' baru.Cantik tak???Oleh kerana saya meminati pasukan Chealsea.Jadi,saya pun mengambil lambang itu di situ.
Inilah 'cursor' yang saya sudah saya gunakan untuk blog saya....Cantikkan....

Tuesday 30 April 2013

kasut n bola takraw baru...


Hari Ahad yang lepas,saya n ibu saya pergi Nilai Lama beli bola takraw n kasut baru.Kasut yang saya beli tu memang untuk bermain takraw iaitu Kasut 'Warriors' n bola takraw yang saya beli tu berjenama GAJAH EMAS.Bila dapat beli benda2 ni saya lebih bertambah bersemangat untuk berlatih takraw hari cuti waktu 4.00 petang hinggalah 6.30 petang.Harga kasut n bola takraw ni semuanya harganya RM 49.00.Waktu pulang beli kasut n bola takraw ni pada pukul 5.12.Lepas pulang,saya solat Asar dahulu n terus pergi ke tempat bermain takraw di belakang surau.Dapatlah saya bermain sekejap dengan abang2 saya...seronoknya...

Friday 26 April 2013

~bola sepak~

  Bola sepak.Bola sepak adalah hobi abang2 saya.Mereka gemar bermain bola sepak pada waktu petang.Mak selalu kata balik sebelum 6.30 petang.Tetapi saya pula suka bermain di taman permainan yang berdekatan situ.Kadang2 mereka bermain di stadium.Itu pun kalau ada masa.Mereka selalu pinjam bola kawan2nya.Mereka akan bergerak pergi bermain bola rasa2nya pada pukul 4.50 petang iaitu selepas solat asar...Bestnya...

Saturday 20 April 2013

Keburukan rokok....

 Ini adalah bahan2 yang berada di dalam rokok.Rokok ni boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser dan lain2.Rokok ini amat berbahaya.Lihatlah apa yang ada di dalam rokok di atas.Rokok amat berbahaya,ia boleh menyebabkan terus menghisar dadah....Rokok ini boleh membawa kematian.Jadi,janganlah menghisap rokok!!!

siti.....

 Di rumah saya ada jiran yang membela kucing.Dia memberi nama kucing tu 'siti'.Dia juga selalu memberi makanan kepada kucing2 jalanan.Rasa2nya dia ada anak yang baru lahir sebulan lepas....Semalam,ada kejadian berlaku di hadapan mata saya sendiri.Saya ternampak ada seekor kucing 'jantan' yang mengejar si 'siti' tu.Lepas tu,ada lori datang dengan laju terlanggar si 'siti'....Kemudian,dia melompat-lompat selama 3 minit lalu terus diam.Saya dengan abang saya pergilah tengok kucing tu rupa2nya kucing tu dah mati.Si kucing 'jantan' tu mencium2 kucing yang mati tu.Saya dan abang saya menutup kucing tu dengan kain buruk dan mengangkat kucing tu lalu membuangnya ke dalam tong sampah...sedih2...

Friday 19 April 2013

Ke Zoo Negara....

  Pada hari Sabtu minggu lepas,saya dan keluarga pergi ke Zoo Negara untuk menambah ilmu dan pengetahuan tentang2 fauna.Kami semua bersiap untuk pergi ke sana dengan memakai baju yang cantik dan kemas juga.Kami pergi ke sana pada pukul 8.30 pagi.Kami ke sana dengan menaiki kereta KIA Carens.Kereta itu dipandu oleh ayah saya.Ayah saya membawa kereta itu dengan berhati-hati.Sebelum itu,kami membaca doa menaiki kereta agar dapat pergi ke sana dengan selamat dan pulang pun dengan selamat juga.
  Kami tiba di sana pada pukul 9.15 pagi.Saya gembira dapat pergi ke sana dengan selamat.Selepas turun dari kereta itu,ayah pergi membeli tiket untuk memasuki ke dalam iaitu Zoo Negara.Ibu memberi nasihat kepada kami untuk mematuhi peraturan di dalam sana nanti.Kami semua mendengar kata2 ibu dengan mendengar nasihat ibu.Di sana,kami melihat banyak haiwan di dalam sana seperti ular dan sebagainya.Ayah saya sangat berani dengan meletakkan ular di belakang lehernya dan ibu menangkap gambar ayah dengan menggunakan ''handphone'' iaitu Galaxy Tab.
  Selain itu,kami melihat orang utan melukis dan juga burung kakak tua menunggang basikal.Selepas penat berjalan.Kami berehat dan membeli makanan dan minuman untuk makan tengah hari.Kami semua makan di atas meja yang berada di bawah pokok yang rendang.Selepas makan tengah hari kami pergi melihat anjing laut membuat persembahan berenang dan bermain bola.Kami duduk di atas kerusi yang ada di situ untuk melihat aksi itu.Suasana di sana amat riuh-rendah.Di samping itu,penonton juga bertepuk tangan selepas melihat aksi haiwan.
   Kami juga melihat banyak haiwan seperti monyet yang sedang bergayut di atas pokok.Saya juga memberi makan kepada monyet tersebut iaitu pisang.Singgah di satu gerai yang menjual barang2 perhiasan untuk beg dan lain-lain.Saya membelikan cenderahati kepada rakan-rakan saya.Saya membeli air oren di gerai yang berdekatan kerana saya sudah pun dahaga.Kami melihat banyak haiwan yang belum kami pernah lihat sebelum ini.
   Pada pukul 5.30 petang.Kami pun bertolak pulang dengan perasaan yang gembira.Kami menaiki untuk sampai ke rumah.Saya berharap saya akan datang lagi ke sana nanti.Ayah telah pun berjanji akan membawa kami ke sana bila ayah ada masa lapang.Kami semua pulang dengan selamat dan
berhati-hati.

::Kokurikulum::

           
Pada hari kokurikulum sekolah iaitu setiap hari Rabu,saya telah menyertai sepak takraw di dalam sukan permainan.Cikgu yang mengajar sepak takraw adalah Cikgu Muhammad Syafiq n Cikgu Rosne.Setiap kumpulan mesti mempunyai tiga orang pemain.Kurang2 ada 7 kumpulan maksudnya ada 21 orang pemain.Kumpulan saya ada tiga orang pemain termasuklah saya,iaitu Muhammad Irsyad,Ammar Afif dan saya (Muhammad Imran).Ammar pandai bermain sepak takraw tetapi semasa "pass"dia agak melalut sikit macam saya juga.Yang Irsyad pula reti mengambil bola tapi tak reti timbang bola pula...hihihihi....Saya pula terlupa nak bawa air mineral.Jadi,lepas main punya la penat.Nasib baiklah kawan bawa air.Itu pun sikit je.Balik pula pada pukul 5.45 petang.Lepas balik terus minum mineral yang ada.Kemudian,solat asar dan mandi.akhir sekali,tunggu je la masuk waktu maghrib.....              

MasyaAllah....

GADIS HINA ALLAH DAN AGAMA ISLAM

Kalau nak tengok ada gadis menghina Allah dan agama islam sila buka Google dan taip gadis hina Allah dan islam di bawah sekali....Dia tu nak kata kurang ajar memang kurang ajar.Sampai nak ejek Allah S.W.T pukimak Subhanallah.Nabi Muhammad SAW tu pun dia ejek fuck.Dia kata Nabi Muhammad SAW kahwin banyak isteri sebab nak buat sex..Na'uzubillah...Dia tanya,Azab???Hahaha azab,sinilah turunkan azab sekarang.Kurang ajar punya perempuan...

ORANG YANG CERITA INI PUN ADA KATA "SAYA PUN ADA KAWAN INDONESIA,DIA PUN KECEWA TENGOK KELAKUAN YG SAMA BANGSA DENGANNYA....


NAK KATA GILA,TAK GILA 
JUGA???
Hei,Allah dah cipta sebaik-baiknya pun nak
ejek penciptanya...Na'uzubillah...










Solat Fardu....

BAHANA TINGGALKAN
SOLAT

SUBUH
Satu fardhu ditinggalkan,akan dicampakkan kedalam
neraka...

ZOHOR
Satu fardhu ditinggalakan,dosanya seperti membunuh 1000 orang 
umat islam...

ASAR
Satu fardhu ditinggalkan,dosanya seperti meruntuhkan 
kaabah...

MAGHRIB
Satu fardhu ditinggalkan,dosanya seperti berzinar dengan 
ibunya (bagi orang lelaki) dan berzinar dengan bapanya 
(bagi orang perempuan)...

ISYAK
Satu fardhu ditinggalkan,Allah tidak redha dengan 
hidupnya...

aYat KurSi....

AYAT KURSI:                                                                                                                                    
1)Apabila baca pada saat keluar rumah,70000 malaikat akan menjagamu dari sisi......
2)Apabila baca pada saat masuk rumah,kemiskinan juga tak akan memasuki rumah......
3)Apabila baca pada saat setelah mengambil wudhu,derajatmu akan di naikkan 70 tingkat......
4)Apabila baca pada saat hendak tidur,malaikat akan menjagamu sepanjang malam......
5)Apabila baca pada saat solat,maka jarak kamu antara dan syurga hanyalah kematian......

SAMPAIKAN PADA ORANG LAIN,MAKA INI ADALAH SEDEKAH JARIAH.DAN PADA SETIAP OARANG YANG MENGAMALKAN,KAMU AKAN IKUT MENDAPAT PAHALANYA SAMPAI HARI KIAMAT :)

Monday 15 April 2013

Beg baru..terbaik..

Hari ni,saya n ibu saya pergi membeli beg sekolah pagi untuk saya selepas habis waktu sesi persekolahan pagi kerana beg sekolah pagi saya telah pun putus talinya.Tiba di kedai,beg di sana pelbagai jenama yang ada di situ n banyak pilihan juga di sana.Saya membeli beg itu pada pukul 1.40 ptg.Telah saya mencari semua beg,ada 1 beg satu yang saya berkenan dengannya iaitu bag SAG.Beg itu berharga RM 39.90.Kemudian,ibu pun minta tawar sikit kerana duit pun dah nak habis dah.lepas habis tawar punya tawar,dapatlah harga yang rendah sikit iaitu RM 30.00.Selepas tu,kami menaiki kereta n ibu membawa saya ke sekolah abang saya untuk mengambil dia di sekolah
berhampiran masjid iaitu Sekolah Agama Menengah,Bandar Baru Salak Tinggi (SAM BBST).Abang saya keluar pada pukul 2.30 ptg.Sambil tu,saya pergi solat zohor dahulu di masjid kerana telah pun masuk waktu zohor.Selepas abang menaiki kereta kami pun pulang....

Sunday 14 April 2013

Buah tangan daripada saudara sebelah ibu...


Hari ni,saudara sebelah ibuku datang ke rumah dari Penang.Mereka pergi bercuti ke Cameron Highland n singgah dirumah kami di sepang.Mereka juga membawa buah tangan dari Cameron Higland iaitu strawberri n blueberry jam...hihihi...

**Kaka ditindih**

Ini adalah anak kucing saya iaitu Kaka.Pagi tadi,ibuku mengambil wudhu untuk solat subuh kerana sudah pun masuk waktu subuh tapi saya tak bangun2 lagi.Semasa ibuku ingin mengambil wudhu,ibuku masih nampak Kiki sedang menyusu ngan ibunya n si Kaka tu sedang tidur.Selepas ibuku mengambil wudhu,ibuku selalunya akan panggil nama anak kucing tu, Kiki!!!Kaka!!!.Selalunya Kaka akan datang kat ibu bila panggil je namanya tetapi rupa2nya Kaka tu dah kena tindih ngan saya sewaktu saya tengah tidur di atas toto.Lepas tu,mak saya mengangkatnya di atas surat khabar n membuangnya ke dalam tong sampah..sedih2...Habis kejadian tu,abang saya pula mengejek saya PEMBUNUH kucing yang kejam.....

Saturday 6 April 2013

Semalam,saya telah dibawa oleh ayah untuk bermain badminton di Kompleks Sukan Klia,Nilai.Ayah saya hanya membawa saya n abang saya iaitu Muhd Iqbal.Ayah membawa kami dengan menaiki van limo ayah.Kami bertolak pada pukul 9.00mlm iaitu selepas solat ishak.Ayah n kawan-kawannya telah meyewa 2 gelanggang supaya,1 gelanggang untuk oleh kawan-kawan ayah n 1lagi gelanggang untuk anak2 mereka termasuklah saya n abang saya.Ayah saya membawa 5 reket untuk bermain badminton.Saya memakai salah 1 reket daripada kesemua reket tu.Saya berlawan dengan kawan saya yg sebaya iaitu Muhd Daniel Haiqal.Abang saya saya pula berlawan dengan abangnya iaitu Muhd Danish Irfan.Selepas habis bermain,kami menyimpan reket yg kami telah gunakan tadi.Kami semua pulang pada pukul 11.00mlm.Kami sangat mengantuk bila pulang lambat.........TAMAT......

Thursday 4 April 2013

Persembahan Dikir Barat pada Hari Kecemerlangan 2011......

Ini adalah gambar kumpulan dikir barat yg telah membuat persembahan dalam bahasa arab di atas pentas dai Hari Kacemerlangan 2011.Persembahan ini juga adalah acara penutup sebelum seorang wakil untuk bacaan tilawah al-quran di atas pentas ini.Abang saya juga  membuat persembahan dikir barat di atas pentas ini.Dia berada di tengah (hadapan)........

Wednesday 3 April 2013

Penyanyi Idola Saya....

Ini adalah gambar seorang penyanyi iaitu 'Maher Zain'.Saya amat menyukai 'Maher Zain' n lagunya seperti Ya Nabi Salam Alayka dan sebagainya.....Saya selalu mendengar lagunya di mana2 sahaja.Dia adalah lelaki idola saya yg pertama....

Tuesday 2 April 2013

Kartun kegemaran saya...

Ini adalah karton kegemaran saya iaitu 'Supa Strikas'.Pemain yg saya paling menyukai adalah 'Shakes' n 'Cool Joe' kerana mereka ada semangat berpasukan antara satu sama lain dan mereka mempunyai 'skill' yg hebat.'Supa Strikas' adalah satu kumpulan yg mempunyai pemain yg hebat2 seperti 'D-Rasta, R-Tiger,Block,Cool Joe,Shakes n Elmaterdo'.Di dalam kumpulan tu mempunyai 'goal keeper' yg cekap iaitu 'Big Bo'.Saya amat menyukai kumpulan 'Supa Strikas'.....Terbaik....

Membeli-belah...

Hari ni,saya n keluarga pergi membeli-belah di Menara Summit USJ 1,Subang Jaya pada pukul 1.30 ptg.Kami pergi kesana menaiki kereta 'KIA' Carens. Tiba disana pada pukul 2.30 ptg,kami sekeluarga masuk ke dalam pasaraya tersebut n kami menjamu selara di M'c Donald.Ayah kata, pesan je mane2 burger.Lepas tu,saya minta yg murah2 je sebab tak nak bazirkan duit ayah.Saya makan burger M'c Chicken yg berharga RM5.95 sebab burger tu paling murah.Selepas makan,kami pergi membeli baju,tali pinggang n macam2 lagi benda.Selepas tu,Ayah membeli 'casing' iPad di kedai henpon.'Casing' yg ayah beli tu berharga RM 50.Lepas beli 'casing',ayah belikan ibu henpon 'Galaksi Young' kat sebelah kedai henpon yg ayah beli 'casing' iPad tu .'Galaksi Young' tu berharga RM 250.Sekali dengan 'casing' henpon tu,'casing' tu berharga RM 59.Tak taulah berapa ringgit semuanya.Lepas beli macam2,kami semua pulang ke rumah pukul 7.01 mlm.Kami semua kelam-kabut utk solat asar bila pulang lambat.......

Monday 1 April 2013

Muhammad Iman Danish mengambil hadiah....

Ini adalah gambar adik saya yg pertama bernama Muhammad Iman Danish.Dia mengambil hadiah di atas pentas utk mata pelajaran terbaik bahasa Inggeris sk KLIA,sepang 2011.Selepas dia mengambil hadiah,ada satu kumpulan akan mempersembahkan 2jenis tarian kepada semua penoton yg telah hadir ke majlis itu.......

Haiwan peliharaan....

Ini adalah haiwan peliharaan saya iaitu Parpu.Ibu saya yg berikan nama tu.Anaknya pula yg berwarna jingga tu namanya Kaka n yg berwarna putih tu namanya Kiki.Ibunya suka makan,anaknya pula suka tidur je....Anaknya sangat manja dgn saya.Saya sangat sayang haiwan peliharaan saya......

Persembahan Hari Kecemerlangan 2011..

Ini adalah kumpulan tarian tradisional yg telah membuat persembahan pada hari kecemerlangan sk KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi 2011.Kumpulan telah dilatih dari pra sekolah.Guru yg bertanggungjawab dalam melatih kami adalah cikgu Salhawati dan cikgu Salwana.Pada masa itu,kami mempersembahkan 2jenis tarian iaitu tarian zapin n tarian sumazau.Saya....duduk no.2 dari belah kanan.

Pergi memancing..

Ayah saya suka memancing.Setiap kali ada masa lapang atau cuti sekolah mesti ayah saya akan membawa satu keluarga pergi memancing.Ayah saya selalunya memancing di kolam air tawar.Keluarga saya semuanya suka memancing kecuali ibu saya.Ibu saya hanya tengok mereka memancing.Itulah sukan yg paling menyeronokkan bila ada masa lapang...

Sesi persekolahan......

Di sekolah,saya sebagai pengawas pusat sumber sekolah(perpustakaan).Dikelas pula,saya rajin menyiapkan kerja yg diberi oleh guru di dalam kelas.Saya suka mata pelajaran matematik kerana ia mengira menggunakan otak kita utk berfikir.Kita perlulah belajar bersungguh-sungguh supaya ada ilmu utk masa hadapan kelak......InsyaAllah......

Abangku.....

Saya mempunyai 3 orang abang dan ini abang yg ke 3 bernama Muhammad Ikhwan.Dia kata dia 'macho' sangat....Dia gemar menangkap gambar diri sendiri.Dia juga suka mengejek adik saya yang pertama.Iaitu Iman kepala lepe busuk.Itulah abang saya....

Sunday 31 March 2013

Masakan ibu....terbaik.....

Ini adalah makanan kegemaran saya iaitu Paprik Ayam...Ia amat menyelerakan tekak n mengenyangkan perut saya..hahahaha!!Saya sangat suka semua masakan ibu saya.....

Hari ni saya demam...

 Hari ni demam lagi...Ibu terpaksa membawa saya ,abang Ikhwan dan 2 orang adik saya ke klinik kesihatan Salak Tinggi.Nampaknya hari ni,terpaksalah tidak hadir ke sekolah walaupun baru habis bercuti.Doktor beri surat cuti utk 2 hari....yeah!!!Makan ubat,tidurrrrrrrrrrr.
Inilah ubat2 yang diberi oleh doktor............

Saturday 30 March 2013

Adik saye...

 Ini adik saya yg kedua bernama Muhammad Ilyas Adam.16 April ini,dia akan menyambut hari lahirnya yang ke-3.Bisanya kat umah adik saya ni dipanggil adik@Adam.Adam paling suka main bola.Kalau pergi kat mana2 pon kalu nampak bola mesti menjerit BOOOLAAAAA!Adam ada 7 biji bola kat umah,dari kecik sampailah size utk org dewasa.Ada masanya adam akan kumpul bolanya dihadapan dia sambil tenung tgok bola tu....lucu!Ayah kata adik ni akan jadi penganti allahyarham mokhtar dahari..heheh!

naik ape ni??

                                                     




















Ini adalah gambar saya semasa berada di IOI mall,Puchong.Saya dan keluarga pergi membeli-belah n jalan2 di sana,sambil tu saya n adik2 dapat menaiki kuda mainan(..sebenarnya benda mainan ni dipanggil ape,ye?? )




Friday 29 March 2013

Aktiviti Cuti Sekolah Penggal 1

Pada cuti sekolah penggal pertama,saya tidak pergi ke mane2 kerana adik beradik saya semuanya demam.Dirumah saya hanya bermaingame"PS2"@bermain komputer.Kalau tidak bermain game "PS2"@ komputer.Saya akan mengulang kaji pelajaran yang telah diajar oleh guru2 saya pada sesi persekolahan.......

Sunday 24 March 2013

saya dan cita-cita

Setiap orang mesti mempunyai cita-cita tersendiri.Saya juga mempunyai cita-cita tersendiri iaitu menjadi penulis khat yang terkenal.Jika kita menginginkan sesuatu,kita perlulah besungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Saya juga selalu berlatih menulis khat di rumah.Saya selalu menulis ''ayat 1000 dinar'' serta maksudnya.Kita mesti mencapai cita-cita kita dengan bersungguh-sungguh....