Friday 19 April 2013

Ke Zoo Negara....

  Pada hari Sabtu minggu lepas,saya dan keluarga pergi ke Zoo Negara untuk menambah ilmu dan pengetahuan tentang2 fauna.Kami semua bersiap untuk pergi ke sana dengan memakai baju yang cantik dan kemas juga.Kami pergi ke sana pada pukul 8.30 pagi.Kami ke sana dengan menaiki kereta KIA Carens.Kereta itu dipandu oleh ayah saya.Ayah saya membawa kereta itu dengan berhati-hati.Sebelum itu,kami membaca doa menaiki kereta agar dapat pergi ke sana dengan selamat dan pulang pun dengan selamat juga.
  Kami tiba di sana pada pukul 9.15 pagi.Saya gembira dapat pergi ke sana dengan selamat.Selepas turun dari kereta itu,ayah pergi membeli tiket untuk memasuki ke dalam iaitu Zoo Negara.Ibu memberi nasihat kepada kami untuk mematuhi peraturan di dalam sana nanti.Kami semua mendengar kata2 ibu dengan mendengar nasihat ibu.Di sana,kami melihat banyak haiwan di dalam sana seperti ular dan sebagainya.Ayah saya sangat berani dengan meletakkan ular di belakang lehernya dan ibu menangkap gambar ayah dengan menggunakan ''handphone'' iaitu Galaxy Tab.
  Selain itu,kami melihat orang utan melukis dan juga burung kakak tua menunggang basikal.Selepas penat berjalan.Kami berehat dan membeli makanan dan minuman untuk makan tengah hari.Kami semua makan di atas meja yang berada di bawah pokok yang rendang.Selepas makan tengah hari kami pergi melihat anjing laut membuat persembahan berenang dan bermain bola.Kami duduk di atas kerusi yang ada di situ untuk melihat aksi itu.Suasana di sana amat riuh-rendah.Di samping itu,penonton juga bertepuk tangan selepas melihat aksi haiwan.
   Kami juga melihat banyak haiwan seperti monyet yang sedang bergayut di atas pokok.Saya juga memberi makan kepada monyet tersebut iaitu pisang.Singgah di satu gerai yang menjual barang2 perhiasan untuk beg dan lain-lain.Saya membelikan cenderahati kepada rakan-rakan saya.Saya membeli air oren di gerai yang berdekatan kerana saya sudah pun dahaga.Kami melihat banyak haiwan yang belum kami pernah lihat sebelum ini.
   Pada pukul 5.30 petang.Kami pun bertolak pulang dengan perasaan yang gembira.Kami menaiki untuk sampai ke rumah.Saya berharap saya akan datang lagi ke sana nanti.Ayah telah pun berjanji akan membawa kami ke sana bila ayah ada masa lapang.Kami semua pulang dengan selamat dan
berhati-hati.

No comments:

Post a Comment