Showing posts with label hari yg terbaik.... Show all posts
Showing posts with label hari yg terbaik.... Show all posts

Thursday, 4 April 2013

Persembahan Dikir Barat pada Hari Kecemerlangan 2011......

Ini adalah gambar kumpulan dikir barat yg telah membuat persembahan dalam bahasa arab di atas pentas dai Hari Kacemerlangan 2011.Persembahan ini juga adalah acara penutup sebelum seorang wakil untuk bacaan tilawah al-quran di atas pentas ini.Abang saya juga  membuat persembahan dikir barat di atas pentas ini.Dia berada di tengah (hadapan)........

Tuesday, 2 April 2013

Membeli-belah...

Hari ni,saya n keluarga pergi membeli-belah di Menara Summit USJ 1,Subang Jaya pada pukul 1.30 ptg.Kami pergi kesana menaiki kereta 'KIA' Carens. Tiba disana pada pukul 2.30 ptg,kami sekeluarga masuk ke dalam pasaraya tersebut n kami menjamu selara di M'c Donald.Ayah kata, pesan je mane2 burger.Lepas tu,saya minta yg murah2 je sebab tak nak bazirkan duit ayah.Saya makan burger M'c Chicken yg berharga RM5.95 sebab burger tu paling murah.Selepas makan,kami pergi membeli baju,tali pinggang n macam2 lagi benda.Selepas tu,Ayah membeli 'casing' iPad di kedai henpon.'Casing' yg ayah beli tu berharga RM 50.Lepas beli 'casing',ayah belikan ibu henpon 'Galaksi Young' kat sebelah kedai henpon yg ayah beli 'casing' iPad tu .'Galaksi Young' tu berharga RM 250.Sekali dengan 'casing' henpon tu,'casing' tu berharga RM 59.Tak taulah berapa ringgit semuanya.Lepas beli macam2,kami semua pulang ke rumah pukul 7.01 mlm.Kami semua kelam-kabut utk solat asar bila pulang lambat.......

Monday, 1 April 2013

Muhammad Iman Danish mengambil hadiah....

Ini adalah gambar adik saya yg pertama bernama Muhammad Iman Danish.Dia mengambil hadiah di atas pentas utk mata pelajaran terbaik bahasa Inggeris sk KLIA,sepang 2011.Selepas dia mengambil hadiah,ada satu kumpulan akan mempersembahkan 2jenis tarian kepada semua penoton yg telah hadir ke majlis itu.......

Persembahan Hari Kecemerlangan 2011..

Ini adalah kumpulan tarian tradisional yg telah membuat persembahan pada hari kecemerlangan sk KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi 2011.Kumpulan telah dilatih dari pra sekolah.Guru yg bertanggungjawab dalam melatih kami adalah cikgu Salhawati dan cikgu Salwana.Pada masa itu,kami mempersembahkan 2jenis tarian iaitu tarian zapin n tarian sumazau.Saya....duduk no.2 dari belah kanan.

Friday, 29 March 2013

Aktiviti Cuti Sekolah Penggal 1

Pada cuti sekolah penggal pertama,saya tidak pergi ke mane2 kerana adik beradik saya semuanya demam.Dirumah saya hanya bermaingame"PS2"@bermain komputer.Kalau tidak bermain game "PS2"@ komputer.Saya akan mengulang kaji pelajaran yang telah diajar oleh guru2 saya pada sesi persekolahan.......