Tuesday, 2 April 2013

Membeli-belah...

Hari ni,saya n keluarga pergi membeli-belah di Menara Summit USJ 1,Subang Jaya pada pukul 1.30 ptg.Kami pergi kesana menaiki kereta 'KIA' Carens. Tiba disana pada pukul 2.30 ptg,kami sekeluarga masuk ke dalam pasaraya tersebut n kami menjamu selara di M'c Donald.Ayah kata, pesan je mane2 burger.Lepas tu,saya minta yg murah2 je sebab tak nak bazirkan duit ayah.Saya makan burger M'c Chicken yg berharga RM5.95 sebab burger tu paling murah.Selepas makan,kami pergi membeli baju,tali pinggang n macam2 lagi benda.Selepas tu,Ayah membeli 'casing' iPad di kedai henpon.'Casing' yg ayah beli tu berharga RM 50.Lepas beli 'casing',ayah belikan ibu henpon 'Galaksi Young' kat sebelah kedai henpon yg ayah beli 'casing' iPad tu .'Galaksi Young' tu berharga RM 250.Sekali dengan 'casing' henpon tu,'casing' tu berharga RM 59.Tak taulah berapa ringgit semuanya.Lepas beli macam2,kami semua pulang ke rumah pukul 7.01 mlm.Kami semua kelam-kabut utk solat asar bila pulang lambat.......

Monday, 1 April 2013

Muhammad Iman Danish mengambil hadiah....

Ini adalah gambar adik saya yg pertama bernama Muhammad Iman Danish.Dia mengambil hadiah di atas pentas utk mata pelajaran terbaik bahasa Inggeris sk KLIA,sepang 2011.Selepas dia mengambil hadiah,ada satu kumpulan akan mempersembahkan 2jenis tarian kepada semua penoton yg telah hadir ke majlis itu.......

Haiwan peliharaan....

Ini adalah haiwan peliharaan saya iaitu Parpu.Ibu saya yg berikan nama tu.Anaknya pula yg berwarna jingga tu namanya Kaka n yg berwarna putih tu namanya Kiki.Ibunya suka makan,anaknya pula suka tidur je....Anaknya sangat manja dgn saya.Saya sangat sayang haiwan peliharaan saya......

Persembahan Hari Kecemerlangan 2011..

Ini adalah kumpulan tarian tradisional yg telah membuat persembahan pada hari kecemerlangan sk KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi 2011.Kumpulan telah dilatih dari pra sekolah.Guru yg bertanggungjawab dalam melatih kami adalah cikgu Salhawati dan cikgu Salwana.Pada masa itu,kami mempersembahkan 2jenis tarian iaitu tarian zapin n tarian sumazau.Saya....duduk no.2 dari belah kanan.

Pergi memancing..

Ayah saya suka memancing.Setiap kali ada masa lapang atau cuti sekolah mesti ayah saya akan membawa satu keluarga pergi memancing.Ayah saya selalunya memancing di kolam air tawar.Keluarga saya semuanya suka memancing kecuali ibu saya.Ibu saya hanya tengok mereka memancing.Itulah sukan yg paling menyeronokkan bila ada masa lapang...

Sesi persekolahan......

Di sekolah,saya sebagai pengawas pusat sumber sekolah(perpustakaan).Dikelas pula,saya rajin menyiapkan kerja yg diberi oleh guru di dalam kelas.Saya suka mata pelajaran matematik kerana ia mengira menggunakan otak kita utk berfikir.Kita perlulah belajar bersungguh-sungguh supaya ada ilmu utk masa hadapan kelak......InsyaAllah......

Abangku.....

Saya mempunyai 3 orang abang dan ini abang yg ke 3 bernama Muhammad Ikhwan.Dia kata dia 'macho' sangat....Dia gemar menangkap gambar diri sendiri.Dia juga suka mengejek adik saya yang pertama.Iaitu Iman kepala lepe busuk.Itulah abang saya....